KFA Tukar Venue Perlawanan, Mukhriz Mungkin Berucap - Bola Sepak | mStar

KFA Tukar Venue Perlawanan, Mukhriz Mungkin Berucap

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2016 10:37 PM

(Ubah saiz teks)

PERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA) menukar venue perlawanan persahabatan pra musim yang akan diadakan di Kangar pada Isnin ini ke Stadium Darulaman.

Perlawanan tersebut sebelum ini dijadualkan menentang Perlis yang merupakan pendatang baru Liga Premier.

Bagaimanapun KFA dalam laman sosial Facebooknya mengumumkan perlawanan persahabatan pada Isnin akan diadakan di Stadium Darulaman tanpa mengesahkan pasukan yang akan dihadapi oleh anak didik Tan Cheng Hoe.

Khabar angin mengenai pembatalan perlawanan tersebut tersebar sejak dua hari lalu sebelum diumumkan KFA pada Jumaat malam.

mStar Online difahamkan pertukaran venue tersebut mempunyai kaitan dengan krisis politik di Kedah yang melibatkan pertukaran menteri besarnya.

Perlawanan pra musim berkenaan didakwa akan diadakan di Alor Setar bagi memberi laluan kepada Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk memberi ucapan dihahadapn penyokong yang juga rakyat negeri tersebut.

Krisis politik Kedah berlaku selepas 14 ketua Umno bahagian mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai pengerusi perhubungan Umno negeri dan menteri besar.

Berikutan itu, pemimpin Umno tersebut meminta parti berkenaan supaya melantik pengerusi perhubungan dan menteri besar baharu dalam tempoh terdekat.

Tags / Kata Kunci: KFA , venue perlawanan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan