ATM, T-Team Tentukan Tiket Liga Super Malam Sabtu

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2016 11:57 PM

Azhar Abdullah.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Berbekal barisan yang terdiri daripada rata-rata anggotanya sendiri, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedar cabaran sukar yang menanti apabila bertemu T-Team dalam perlawanan play off bagi slot tunggal ke Liga Super musim ini.

Aksi di Stadium Perak, di sini malam Sabtu bakal memberi gambaran awal kemampuan ATM, naib juara Piala Malaysia 2012, yang tampil berwajah baru tanpa memiliki pemain ternama mahupun bintang import.

Di atas kertas, mereka kelihatan kerdil dengan skuad itu dikendalikan Azhar Abdullah berbanding T-Team yang dibimbing bekas jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Rahmad Darmawan.

"Kita tak harap apa-apa keajaiban sebab pada musim ini rata-rata pemain adalah dalam kalangan anggota dan pemain tempatan.

"Tapi kami akan tetap memberikan komitmen 100 peratus supaya dapat kekal dalam Liga Super," katanya pada sidang media di sini Jumaat.

ATM yang menduduki tempat ke-11 Liga Super musim lepas dan T-Team, pasukan tangga ketiga Liga Perdana 2015, sepatutnya beraksi di liga kedua itu musim ini.

Namun ketiadaan Lions XII dari Singapura yang tidak dijemput tahun ini membuka peluang kepada mereka mengisi kekosongan itu menerusi perlawanan play off berkenaan.

Sementara itu, Rahmad berkata pemainnya sudah bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk menghadapi perlawanan malam Sabtu.

"Alhamdulillah, setiap pemain termasuk pemain import bebas daripada sebarang kecederaan dan boleh diturunkan pada perlawanan Sabtu," kata jurulatih import dari Indonesia itu.

Bagaimanapun, beliau tidak akan memandang mudah saingan yang akan diberikan ATM walaupun menyedari pasukan itu hanya dibarisi pemain tempatan.

"ATM merupakan pasukan yang penuh pengalaman dalam Liga Super sebelum ini. Jadi, kami tetap perlu berhati-hati," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: ATM , T-Team , Liga Super

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan