Van Gaal Kekal Sebagai Jurulatih Man United

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2016 10:57 AM

(Ubah saiz teks)

LOUIS Van Gaal dilapor tidak akan menamatkan kontraknya selama tiga tahun bersama Manchester United apabila sedang mencari rumah baru di Cheshire.

Masa depan Van Gaal di Old Rafford semakin malap apabila pasukan itu berada dalam keadaan tertekan untuk menentang Derby County dalam pusingan keempat Piala FA.

Selain itu, penyokong turut memaksa Van Gaal meletak jawatan berikutan rentak permainan yang membosankan dan kekalahan yang dialami.

Bagaimanapun jurulatih kelahiran Belanda tersebut masih selamat daripada dipecat oleh kelab kerana mendapat sokongan daripada Ketua Eksekutif, Ed Woodward.

Kediaman Van Gaal yang disewa sebelum ini telah tamat kontrak dan perkara itu memaksa dia mendapatkan rumah baru.

Kontrak bekas jurulatih Barcelona dan Bayern Munich itu bersama United akan tamat pada 2017.

Van Gaal sebelum ini pernah berkata bahawa dia akan bersara sebagai jurulatih selepas membimbing United.

Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan