Kos Bina Stadium Baharu, Bandar Sukan JDT Cecah RM200 Juta

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2016 7:51 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Pembinaan stadium baharu dan Bandar Sukan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dirancang di kawasan Nusajaya di sini, akan menelan kos antara RM180 juta hingga RM200 juta, kata pemilik kelab itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berkata, kerajaan negeri menyediakan tanah seluas 28.3 hektar untuk projek itu. 

Namun, menurut Tunku Ismail, hanya 14.2 hektar akan digunakan untuk membangunkan stadium manakala baki selebihnya untuk memajukan Bandar Sukan JDT merangkumi hotel, apartment, pusat membeli-belah, padang sukan rugbi,  gelanggang tenis dan lain-lain.

"Setakat ini, perancangan pembinaannya sedang berjalan dengan baik dan syarikat Forest City merupakan penaja terbesar kami dan merekalah yang akan membina stadium tersebut," katanya kepada pemberita di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini, Rabu.

Tunku Ismail berkata, apabila siap nanti, stadium itu yang dinamakan sebagai Stadium Sultan Ibrahim Larkin, akan digunakan oleh pasukan JDT untuk berlatih, manakala stadium lama di Larkin untuk pasukan JDT 2.

Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pula diberikan khusus kepada pasukan JDT 3 dan JDT 4 untuk mengasah bakat masing-masing.

Majlis upacara pecah tanah bagi pembinaan stadium itu dijadual berlangsung pada 30 Jan ini bersama para penyokong Harimau Selatan.

Sementara itu, mengenai barisan pemain yang akan beraksi dalam kempen Liga Super/Malaysia musim ini, Tunku Ismail berkata hanya akan memuktamadkannya sebelum 14 Februari.

Beliau berkata, terdapat banyak perkara yang masih perlu difikir dan ditambah baik, sebelum keputusan muktamad dilakukan bersama ketua jurulatih Mario Gomez.

"Ketika ini, tidak ada pemain diisytiharkan 'selamat'. Tidak kisah senior atau junior, mereka boleh dikeluarkan daripada pasukan bila-bila masa.

"JDT bukan kelab untuk orang selesa, ia untuk orang bekerja keras," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: TMJ , JDT , Bandar Sukan JDT

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan