Sandro Ingin Lebur Rekod Musim Lalu

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2016 9:18 AM

(Ubah saiz teks)

PENJARING terbanyak pasukan Kedah musim lalu, Sandro Da Silva, yakin mampu menghasilkan lebih daripada 18 gol pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini berdasarkan keserasian yang wujud.

Menurut pemain kelahiran Brazil itu, pada musim lalu, dia berjaya menghasilkan sembilan gol dalam saingan Liga Premier manakala bakinya pada Piala Malaysia.

Berikutan itu, pemain tengah berkenaan yakin dapat menambah koleksi gol peribadi bersama skuad Helang Merah apabila bergandingan dengan rakan senegaranya iaitu Carlos Kahe.

"Saya yakin dapat mengatasi jumlah jaringan musim lalu hasil bantuan rakan sepasukan yang terdiri daripada muka baru dan lama selain Calos Kahe yang pernah beraksi bersama saya di Liga Turki.

"Barisan pemain Kedah musim ini lebih mantap, malah taktikal serta teknik yang diilhamkan oleh Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe juga akan dapat meningkatkan prestasi saya untuk menghasilkan lebih banyak jaringan.

"Kehadiran Kahe, dua bekas pemain Malaysia, lima pemain muda negara dan barisan rakan-rakan musim lalu pastinya mampu menggugat lawan yang bakal ditemui musim ini," katanya.

Jelasnya, ketika ini barisan pemain memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dan memahami di antara satu sama lain sebelum mendapat keserasian yang lebih baik.

Pada perlawanan persahabatan pra musim menentang Krabi FC pada Isnin lalu, Sandro berjaya menghasil jaringan menerusi sepakan percuma walaupun keputusan berakhir dengan Kedah tewas 3-2.

"Keyakinan saya memang tinggi ketika ini, terutamanya setelah berjaya menjaringkan gol pada perlawanan bertemu Krabi FC, apabila cergas sepenuhnya, saya yakin dapat memberikan yang terbaik untuk Kedah.

"Dengan sokongan daripada rakan sepasukan dan penyokong, saya akan berusaha untuk beraksi melebihi kemampuan dalam satiap perlawanan yang akan ditempuhi bermula Februari ini," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Helang Merah

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan