Swansea Beri Kemenangan Pertama Kepada Guidolin - Bola Sepak | mStar

Swansea Beri Kemenangan Pertama Kepada Guidolin

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2016 2:49 AM

Ketua jurulatih Swansea Francesco Guidolin dan jurulatih Gabriele Ambrosetti (kanan).

(Ubah saiz teks)

FRANCESCO Guidolin tidak mengharapkan mata penuh pada penampilan pertamanya selaku pengurus baharu Swansea City, namun kemenangan 2-1 ke atas Everton merupakan satu permulaan yang positif buatnya.


Aksi di Goodison Park pada aksi Liga Perdana Inggeris Ahad malam merekodkan kemenangan pertama ke atas Everton musim ini, Guidolin percaya enam mata pada minggu pertama ketibaannya memberi harapan kapada skuadnya untuk menghindari daripada berada di zon penyingkiran musim ini.

“Enam mata dalam dua perlawanan amat penting bagi kami kerana kedudukan sekarang amat tidak baik.

“Saya harap kami ada peluang untuk mara ke kedudukan yang lebih selamat.

“Buat masa sekarang saya gembira dengan prestasi pemain. Ini adalah perlawanan pertama saya dan tidak sangka kami menang,” jelasnya.

Swansea kini berada di kedudukan ke-15 liga dengan 25 mata.

Tags / Kata Kunci: Swansea City , Francesco Guidolin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan