"Memang Wajar Saya Dicemuh" - Van Gaal - Bola Sepak | mStar

"Memang Wajar Saya Dicemuh" - Van Gaal

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2016 7:38 AM

Reaksi Louis Van Gaal sebaik sahaja perlawanan antara Manchester United dengan Southampton tamat. United tewas 0-1.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United, Louis van Gaal menilai kritikan penonton terhadap dirinya sebaik sahaja Manchester United kalah 0-1 kepada Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi Ahad.

Memetik laporan BBC, Van Gaal menjawab pertanyaan mengenai cemuhan peminat Man United di Theatre of Dreams.

"Apa yang dikatakan mereka adalah benar, saya tidak dapat menyangkalnya. Namun, dalam keadaan baik atau buruk kami harus bersama-sama," kata bekas jurulatih pasukan Belanda itu.

"Kami bekerja sangat keras, tetapi kami mengalami banyak kecederaan yang tidak dapat diubah," ujar Van Gaal.

Dia turut menerangkan bagaimana dia serius untuk meraih kemenangan dengan melakukan penggantian pemain.

"Saya ingin menang pertandingan ini, oleh itu saya menggantikan Cameron Borthwick-Jackson dengan Adnan Januzaj. Ia adalah risiko yang harus diambil," kata Van Gaal.

"Ini adalah perlawanan yang buruk dan kami tidak mencipta begitu banyak peluang," ujarnya.

Van Gaal menganggap pemainnya tidak mempamerkan aksi yang sepatutnya.

"Disebabkan anda perlu memenuhi harapan dan harapan itu sangat tinggi, ini memberikan banyak tekanan kepada para pemain," ujar pengurus yang membawa pasukan Belanda di tempat ketiga pada Piala Dunia 2014 itu.

Dengan kekalahan di tempat sendiri ini, Man United kini kekal dengan 37 mata di kedudukan kelima.
Tags / Kata Kunci: Louis Van Gaal , Manchester United
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan