Stadium Baharu JDT Dijangka Siap Setahun Setengah

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2016 8:05 PM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Stadium baharu skuad Liga Super JohorDarul Ta'zim (JDT) yang dilaporkan bakal dibina di Nusajaya, Johor dijangkadapat disiapkan dalam tempoh setahun setengah.

Pemilik kelab JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah baginda dimaklumkan mengenai perkara itu oleh sebuah syarikat terkemuka yang bakal membina stadium berkenaan.

Baginda menerusi entri terbaharu dalam laman Facebook rasmi JDT, The Southern Tigers, turut menyatakan majlis pecah tanah stadium baharu itu akan diadakan pada 30 Januari ini bersama penyokong skuad Harimau Selatan yang disifatkan baginda sebahagian daripada kunci kejayaan kelab berkenaan selama ini.

"Alhamdulillah, JDT kini berada di kelasnya tersendiri dan saya amat bersyukur atas rezeki yang diberikan kepada kami. Allah Peliharakan Sultan, Kepada Allah Kami Berserah," titah baginda.

Dalam pada itu, Tunku Ismail turut berterima kasih kepada ayahanda baginda,Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang berkenan mengurniakan tanah bagi mewujudkan Bandar Sukan JDT, selain turut memberi sejumlah dana kepada skuad Harimau Selatan untuk pembinaan stadium baharu.

Pada Sabtu, Sultan Ibrahim dilaporkan berkenan mengurniakan tanah seluas 28 hektar pemberian kerajaan negeri untuk pembinaan Bandar Sukan JDT yang bakal menempatkan pelbagai jenis sukan di bawah nama JDT, selain beberapa kemudahan lain seperti hotel, apartment dan pusat membeli-belah.

Baginda turut berkenan memberi sejumlah dana kepada pasukan JDT untukmembiayai pembinaan stadium baharu JDT.

Pada 10 Januari lepas, Sultan Ibrahim dilaporkan berkenan memberi dana RM50 juta kepada JDT kerana gembira melihat sukan bola sepak memainkan peranan penting menyatupadukan Bangsa Johor serta mengharumkan nama Johor di persada dunia.-Bernama

Tags / Kata Kunci: JDT , Stadium Baharu , Nusajaya

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan