Didier Deschamps Calon Jurulatih Chelsea

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2016 9:32 AM

(Ubah saiz teks)

PENGENDALI Perancis, Didier Deschamps disenarai antara jurulatih yang bakal dilantik mengemudi Chelsea bagi musim depan.

Deschamps yang merupakan bekas pemain Chelsea akan meninggalkan skuad Perancis apabila kontraknya tamat selepas saingan Euro melabuhkan tirai.

Difahamkan, pemilik Chelsea Roman Abramovich turut berkira-kira untuk melantik Deschamps sebagai jurulatih kekal pasukan berkenaan yang dikendalikan oleh Guus Hiddink ketika ini.

Jutawan Rusia itu terdesak untuk mendapatkan jurulatih terbaik kerana mahu Chelsea kembali bersaing merebut Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah.

Dua orang kanan Abramovich iaitu penasihatnya, Marina Granovskaia dan Pengarah Teknikal, Michael Emenalo dilapor turut mencadangkan Deschamps sebagai jurulatih Chelsea.

Deschamps, 47, yang merupakan bekas pemain Perancis dikatakan antara calon paling layak kerana fasih bertutur bahasa Inggeris selain kejayaan membawa Monaco menjulang piala ketika tahun pertama mengemudi kelab berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Didier Deschamps , Chelsea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan