Sultan Johor Kurnia Tanah Untuk Bangun Bandar Sukan JDT

Diterbitkan: Sabtu, 23 Januari 2016 9:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan tanah seluas 28 hektar pemberian kerajaan negeri untuk dijadikan Bandar Sukan Johor Darul Ta'zim. 

Mengumumkan demikian pada Sabtu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim berkata, "Ia (Bandar Sukan JDT) akan menjadi pusat sukan di mana akan ada tempat untuk semua jenis sukan di bawah nama JDT. 

"Terdapat juga kemudahan-kemudahan lain seperti Hotel JDT, Apartment JDT dan Pusat Membeli-belah JDT," kata beliau. 

Ismail, menerusi entri terbaharu dalam laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers, memaklumkan bahawa Sultan Ibrahim turut berkenaan memberikan sejumlah dana kepada pasukan JDT untuk membiayai pembinaan stadium baru. 

Lokasi stadium itu dipercayai Nusajaya.    

Ismail yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor bagaimanapun tidak menyatakan jumlah dana tersebut. 

Ismail berkata, walaupun ramai pihak yang mengkritik usaha pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk membangunkan pasukan JDT menjadi antara kelab yang disegani di Asia, usaha baginda kini mendatangkan hasil lumayan kepada pasukan selatan tanah air itu. 

Pada 10 Januari lepas, Sultan Ibrahim dilaporkan berkenan memberikan dana sejumlah RM50 juta kepada JDT kerana gembira melihat sukan bola sepak memainkan peranan penting menyatupadukan 'Bangsa Johor' serta mengharumkan nama Johor di persada dunia.

Selang beberapa hari kemudian, Tunku Ismail mengumumkan suntikan dana tambahan sebanyak RM50 juta bagi mengukuhkan lagi kedudukan kewangan skuad Harimau Selatan itu. 

Pada 31 Oktober lepas, JDT mencipta sejarah bila berjaya menjadi kelab pertama dari Malaysia muncul juara Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hasil kemenangan tipis 1-0 ke atas wakil Tajikistan, FC Istiklol. - Bernama

Tags / Kata Kunci: JDT

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan