'Abang Terlajak Laris' Sarung Jersi Felda

Diterbitkan: Sabtu, 23 Januari 2016 8:32 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Teka-teki mengenai pasukan mana yang bakal menjadi taruhan Datuk Aliff Syukri Kamarzaman bagi Liga Malaysia musim ini makin berpanjangan apabila pemilik syarikat D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd itu kini turut diintai sebuah pasukan bertaraf kelab.

Terbaharu, jutawan kosmetik berkenaan mengadakan perbincangan awal dengan pengurusan Felda United mengenai kemungkinan menaja pasukan milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) itu.

Bagaimanapun kali ini usaha memancing Aliff Syukri yang terkenal dengan jolokan 'Abang Terlajak Laris' itu dilihat lebih kehadapan apabila beliau sudah menyarungkan jersey oren milik kelab Felda United.

Aliff Syukri turut berkongsi beberapa gambar beliau bersama pengurusan Felda United selepas mengadakan perbincangan pada Jumaat kepada mStar Online.

"Belum muktamad, mereka berhajat (dapatkan penajaan). Malah saya juga terbuka untuk berbincang," kata Aliff Syukri kepada mStar Online.

Hingga kini Aliff Syukri belum bersedia untuk 'buka mulut' mengenai jumlah tajaan kepada Felda United serta syarat yang diletakkan kedua-dua pihak sebelum sebarang kata putus dibuat.

Berdasarkan perkembangan itu, Aliff Syukri kini sudah mengadakan pertemuan dengan empat pasukan Liga Malaysia iaitu Selangor, Pahang, Terengganu dan yang terbaharu - Felda United.

Namun selepas mengadakan perbincangan kali kedua dengan wakil The Red Giants, Aliff Syukri mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bekerjasama dengan pasukan bola sepak Selangor itu

Tags / Kata Kunci: Felda United , Terlajak Laris , D'Herbs

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan