Tajaan: Satu Lagi Pasukan Hubungi Rita Sosilawati

Diterbitkan: Jumaat, 22 Januari 2016 7:38 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Satu lagi pasukan bola sepak  menghubungi Pengarah Urusan Nouvelles Visages (NV), Erni Dekritawati Yuliana Buhari berhubung penajaan pada musim ini.

Ia menjadikan setakat ini sebanyak tiga pasukan yang telah menghubungi anak sulung jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya itu.

"Ada tiga pasukan, cuma saya tak nak dedahkan sekarang. Selagi tak 'confirm', saya tak nak beritahu," kata Erni Dekritawati atau lebih dikenali sebagai Rita Sosilawati tanpa mendedahkan identiti tiga pasukan berkenaan.

Rita bagaimanapun mengesahkan ketiga-tiganya merupakan pasukan negeri.

"(Kami) saling berhubung," ujar Rita sambil menambah ketika ini pihaknya masih meneliti  aspek pulangan jika bersetuju menaja mana-mana pasukan.

"Buat masa sekarang saya teliti apa yang saya akan dapat apabila syarat-syarat dipenuhi," tambahnya tanpa mengulas lanjut mengenai syarat-syarat tersebut.

Ahad lalu, mStar Online melaporkan dua pasukan bola sepak telah menghubungi Rita bagi mendapatkan penajaan untuk musim ini.

Walaupun masih berteka-teki, kemungkinan tiga pasukan tersebut adalah Selangor, Kedah dan Pahang, antara yang pernah disuarakan Rita.

Mstar Online sebelum ini melaporkan Rita tampil mendedahkan mengenai hasratnya untuk menaja sebuah pasukan dalam saingan Liga Super musim ini.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan