Vida Dedah Gambar Stadium Kelantan Merah Jambu

Diterbitkan: Jumaat, 22 Januari 2016 1:51 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Penaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mengadakan pertemuan dengan exco kerajaan negeri di sebuah hotel di sini untuk memuktamadkan proses baik pulih Stadium Sultan Muhammad IV.

Rudingan antara Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida dengan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood bermula pada pukul 12 tengah hari Jumaat.

Difahamkan rundingan tersebut berkaitan dengan cadangan Vida untuk menukar warna stadium dari merah-putih kepada merah jambu-putih.

Turut hadir Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Ismail Md Noor dan Bendahari Kafa, Nik Aminaldin Jaafar.

Beberapa contoh gambar stadium dengan warna merah jambu dan putih dibawa bersama dalam rundingan tersebut.

Difahamkan stadium keramat pasukan The Red Warriors itu akan dicat dengan warna merah jambu-putih secara berpetak dan bukannya berjalur.

Hasmiza, yang merupakan Penasihat Kehormat Kafa dan juga pemilik Vida Beauty Sdn Bhd sebelum ini dilaporkan berkata antara syarat penajaan yang dikenakan kepada Kafa termasuk menukar warna stadium, laluan dan tempat khas kepada wanita di stadium itu.

Tags / Kata Kunci: Kelantan , Vida

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan