Durakovic Sanggup Kembali Ke Selangor

Diterbitkan: Jumaat, 22 Januari 2016 5:47 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas ketua jurulatih Gergasi Merah, Mehmet Durakovic tidak menolak kemungkinan kembali ke pangkuan pasukan dari Lembah Kelang itu jika diberi peluang oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) di masa hadapan.

Bercakap dalam sidang media di sini hari ini, bekas pemain antarabangsa Australia itu berkata ia adalah detik yang menyedihkan untuknya meninggalkan negeri yang sudah menjadi rumah keduanya ketika pasukan berkenaan menunjukkan kebangkitan dalam liga tempatan.

Pada masa sama, Durakovic turut berterima kasih kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan FAS atas bantuan mereka sepanjang tiga tahun melatih pasukan itu.

"Saya terima keputusan FAS tidak menyambung kontrak saya tapi siapa tahu saya akan kembali semula ke pasukan yang mempunyai sejarah hebat dalam bola sepak Malaysia, selain penyokongnya yang terbaik pernah saya saksikan sepanjang karier saya.

"Bagi semua pemain, saya ucapkan selamat berjaya di bawah jurulatih baru (Zainal Abidin Hassan)," katanya.

Durakovic, yang memainkan peranan penting membantu Selangor muncul juara Piala Malaysia tiga kali berturut-turut - 1995, 1996 dan 1997 - turut memaklumkan ada mengadap Sultan Sharafuddin semalam yang berharap beliau akan kembali mengendalikan pasukan itu di masa akan datang.

Bekas jurulatih kelab Liga Australia, Melbourne Victory itu turut mendedahkan FAS ada menawarkan tugas baharu sebagai Pengarah Teknikal pasukan berkenaan tetapi menjelaskan beliau memerlukan masa memikirkan tugas yang mempunyai tanggungjawab besar itu.

"Buat masa ini, saya mahu menikmati percutian saya di sini tetapi siapa tahu saya akan kembali semula sebagai jurulatih satu hari nanti," kata Durakovic.

Menurut laporan media, FAS terpaksa membayar pampasan berjumlah RM1.1 juta kepada Durakovic selepas menamatkan kontraknya yang sepatutnya berakhir pada 2017, untuk melantik Zainal Abidin yang juga bekas pemain negeri itu sebagai jurulatih baharu untuk tempoh dua tahun akan datang.

Di bawah bimbingan Durakovic, Selangor muncul naib juara Liga Super sebanyak tiga kali - 2013, 2014 dan 2015, selain membantu pasukan itu menamatkan kemarau 10 tahun gelaran Piala Malaysia untuk muncul juara kali ke-33, musim lepas.

Tags / Kata Kunci: Selangor , Liga Super

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan