Iraq Sokong Putera Ali Dalam Pemilihan Presiden Fifa

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2016 1:35 PM

Putera Ali Al Hussein.

(Ubah saiz teks)

PERSATUAN Bola Sepak Iraq (IFA) menyatakan sokongan penuh kepada Putera Ali Al Hussein yang akan bertanding pada pemilihan kerusi Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) bulan depan.

Putera Ali turut akan dicabar Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) Sheikh Salman Ebrahim Al Khalifa, bekas Timbalan Setiausaha Agung Fifa, Jerome Champagne dari Perancis dan Setiausaha Agung Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Gianni Infantino pada 26 Februari depan.

"Kami memutuskan undi IFA akan memihak kepada Putera Ali kerana beliau sentiasa menyokong pembangunan bola sepak di Iraq, Jordan dan rantau ini," kata Presiden IFA, Abdul Khaliq Masood.

Putera Ali kembali ke Jordan pada Isnin untuk bertemu dengan delegasi Iraq selepas berkempen di Afrika dan Caribbean.

Antara yang hadir bersama delegasi tersebut adalah Menteri Belia dan Sukan Iraq, Abdul Hussein Abtan.

Putera Ali berusaha untuk mendapatkan sokongan IFA menjelang pemilihan yang bakal menyaksikan pengganti terbaharu, Sepp Blatter yang bergelut dengan skandal rasuah.

Blatter menewaskan Putera Ali pada pemilihan presiden Fifa pada Mei lalu.

Blatter dan Presiden UEFA, Michel Platini dikenakan hukuman penggantungan daripada terlibat dalam aktiviti bola sepak selama lapan tahun selepas didapati bersalah dalam kes rasuah berskala mega.

Blatter dan Platini didapati bersalah selepas menerima suapan sebanyak 1.3 juta pound (RM8.32 juta ) pada 2011 lalu.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah, namun hukuman tetap dijatuhkan.

Terdahulu, Blatter yang menjadi Presiden FIFA sejak 1978 sudahpun mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatannya. 

Tags / Kata Kunci: Putera Ali Al Hussein , Fifa , Sepp Blatter

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan