United Ada Peluang Rangkul Juara Musim Ini - Rodgers

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 6:19 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS pengurus Liverpool, Brendan Rodgers yakin Manchester United masih berpeluang untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini.


United menewaskan Liverpool 1-0 pada aksi Ahad lalu melalui jaringan lewat Wayne Rooney sekaligus meyakinkan Louis van Gaal bahawa skuadnya mempunyai sesuatu yang mampu membuatkan mereka bergelar juara.

“Saya pasti mana-mana pasukan akan bekerja keras pada separuh kedua musim dan menyedari bahawa mereka boleh melakukan lebih baik,” jelas Rodgers kepada Sky Sports.

“Peluang musim ini dilihat masih terbuka dan menewaskan Liverpool di Anfield merupakan kemenangan besar buat mereka.

"Saya telah melalui saat ini, dan kamu sedar betapa bermaknanya perlawanan kedua-dua pasukan ini kepada semua.

“Louis van Gaal mempunyai pengalaman luas bersama kelab-kelab besar sebelum ini. Apabila kamu bersama kelab terkenal, ia bukan sahaja tertumpu kepada kemenangan, tetapi berkaitan dengan gaya permainan yang membuatkan dia dikritik.

“Jika mereka kekal dengan rekod bersih, terus mengutip tiga mata dan terus menang, maka mereka ada peluang terbaik untuk menjuarai liga musim ini.

“Dia sudah bertahun terlibat dalam bidang pengurusan, malah mempunyai kelas yang tersendiri,” ujar Rodgers.

Tags / Kata Kunci: Brendan Rodgers , Louis van Gaal

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan