Video Pengenalan Jersi TRW Tak Mewah, Terap Semangat Sukan - Vida

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2016 1:49 PM

Hasmiza Othman.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penaja utama pasukan Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mendedahkan, satu video pengenalan jersi skuad The Red Warriors (TRW) bakal mencetuskan fenomena baharu dalam arena sukan tanah air.

Bagaimanapun, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata, video promosi skuad TRW itu akan menampilkan unsur lebih dekat dengan rakyat.

Menurut, video tersebut akan dihasilkan menggunakan sentuhan lebih kreatif dan boleh diterima semua lapisan masyarakat sama ada di kampung atau bandar.

"Jika kita tengok kebanyakan iklan bertumpu kepada pemain bola sepak semata-mata tapi saya akan tampilkan kelainan. Saya akan cuba memenuhi cita rasa semua lapisan usia.

"Pendek kata iklan tersebut lebih berjiwa masyarakat, bermula dari kanak-kanak sehinggalah kepada pak cik yang tak ada gigi. Sesiapa sahaja tak kira miskin kaya boleh pakai jersi TRW nanti," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata, konsep iklan sudah ada dan hanya menunggu proses penggambaran dalam masa terdekat.

"Idea untuk iklan dah ada cuma tunggu untuk dihasilkan sahaja. Tunggu dan anda semua pasti terkejut," katanya dalam nada berseloroh.

Jelasn usahawan kosmetik terkemuka negara itu, iklan tersebut akan menemui penyokong TRW pada April nanti.

Difahamkan Vida membelanjakan sebanyak RM4 juta bagi kempen promosi untuk skuad TRW musim ini.

Ketika ditanya mengenai klip video pasukan Johor Darul Ta'zim, Vida memuji idea penghasilan video tersebut yang mengangkat martabat sukan ke peringkat lebih tinggi.

"Ia bagus kerana berjaya mencetuskan fenomena baharu dalam industri sukan negara dan nampak mewah. Tapi dalam iklan TRW, saya mahu lebih menekankan semangat kesukanan, itu yang lebih penting," katanya.

Pada malam Sabtu lalu, Johor Darul Ta'zim (JDT) melancarkan jersi terbaharu pasukan tersebut menerusi gimik video.

Klip video berdurasi tiga minit itu memaparkan pemain JDT bermain bola sepak di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor bersama penampilan istimewa pemilik pasukan Harimau Selatan itu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di dalam pesawat.

Walaupun baharu sahaja dimuat naik dalam laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers, rata-rata netizen memuji idea video tersebut terutamanya TMJ yang menyuntik kelainan kepada bola sepak tempatan.





Tags / Kata Kunci: iklan jersi , The Red Warriors , Kafa

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan