Terry Yakin Ditawarkan Kontrak Baharu - Bola Sepak | mStar

Terry Yakin Ditawarkan Kontrak Baharu

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2016 9:57 AM

John Terry.

(Ubah saiz teks)

BEKAS kapten England, John Terry yakin beliau masih boleh beraksi untuk tempoh dua hingga tiga tahun lagi di Chelsea walaupun kontraknya di Stamford Bridge hampir tamat.

Malah, Terry membidas kritikan segelintir pihak yang mempertikaikan tahap kecergasan dan persembahannya ketika ini.

Pemain berusia 35 tahun itu melakukan penampilan ke-700 ketika Chelsea terikat seri 3-3 dengan Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge.

Terry menjaringkan gol ke gawang sendiri sekali gus memberi gol percuma kepada Everton pada minit ke-50.

Namun, beliau bangkit menebus kesilapannya dengan melengkapkan gol penyamaan untuk Chelsea pada minit ke-90.

Terry menandatangani kontrak lanjutan di Chelsea selama setahun pada Mac tahun lalu.

Beliau yakin dapat diberi peluang untuk memperbaharui kontraknya.

"Saya pasti fikir begitu. Apabila anda sampai di peringkat umur tertentu, pasti ramai yang mempertikaikan kebolehan anda di atas padang. 

"Ada yang menganggap ketika menghampiri usia 36 tahun anda mungkin sudah hilang bisanya.

"Saya belum terfikir untuk bersara. Secara fizikalnya saya masih boleh bertahan untuk tempoh dua atau tiga tahun lagi. Saya masih belum puas," kata Terry.





Tags / Kata Kunci: John Terry , Chelsea
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan