Dua Penyerang Leicester Jadi Rebutan Kelab Gergasi

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2016 9:04 AM

Riyad Mahrez

(Ubah saiz teks)

KHABAR angin mengenai pemindahan pemain di antara kelab Liga Perdana Inggeris semakin bertiup kencang dengan dua penyerang Leicester dilapor sedang dipancing Liverpool dan Chelsea.

Akhbar tempatan negara itu melaporkan, Riyad Mahrez menjadi buruan Chelsea yang sedia membuat bidaan setinggi £20 juta manakala Liverpool mahukan Jamie Vardy.

Kedua-dua penyerang Leicester itu menjadi tumpuan kelab gergasi Inggeris selepas berjaya membantu pasukan mereka berada di persada Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Selain itu, bintang Arsenal iaitu Aaron Ramsey dilapor sedang dipantau oleh Barcelona berikutan aksi memberangsangkan.

Penjaga gol Manchester United, David De Gea pula kembali dikaitkan dengan Real Madrid selepas gosip mengenai pemindahan berakhir apabila dia melanjutkan kontrak bersama United pada tahun lalu.

Bagaimanapun tiada pemindahan yang menjadi tumpuan dunia dilaorkan setakat ini walaupun United dikatakan mahu mendapatkan Gareth Bale dari Real Madrid.

Tags / Kata Kunci: Leicester , Chelsea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan