Cristiano Ronaldo Bercinta Dengan Model Victoria Secret

Diterbitkan: Ahad, 17 Januari 2016 11:09 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dilaporkan sedang bercinta dengan model Victoria Secret iaitu Alessandra Ambrosio selepas gambar pasangan itu akan menghiasi muka depan majalah GQ keluaran Februari.

Dakwaan mengenai percintaan selebriti kelahiran Portugal dan Brazil tersebar apabila mereka bergambar dalam keadaan separuh bogel untuk majalah berkenaan.

Selain itu mereka berdua juga dikatakan merakam banyak gambar selfie untuk dimuat naik ke laman sosial masing-masing.

Ronaldo yang merupakan pemain Real Madrid sebelum ini dikatakan bercinta dengan model Colombia iaitu Nataly Rincon.

Bagaimanapun dia kemudian menafikan laporan berkenaan dan mendakwa masih keseorangan.

Tags / Kata Kunci: Real Madrid

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan