Kesungguhan Pemain Tentukan Kejayaan Kedah - Liridon Krasniqi

Diterbitkan: Ahad, 17 Januari 2016 9:31 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN baru Kedah mampu menyumbang kejayaan kepada pasukan itu sekiranya kesemua mereka beraksi seperti yang dikehendaki oleh Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Itu antara komen pemain import skuad Helang Merah, Liridon Krasniqi mengenai persediaan pasukan Kedah bagi mengharungi musim 2016 yang lebih mencabar khususnya dalam aksi Liga Super.

"Sekarang terlalu awal untuk saya menyatakan bahawa kita mampu berjaya dan meraih kejayaan melebihi pencapaian musim lalu. Jika kesemua pemain baru dapat beraksi seperti yang diatur jurulatih, kenapa pula kita tidak mampu mendapat kejayaan.

"Kebolehan Carlos Kahe yang menjadi pilihan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bagi mengantikan Chidi Edeh di posisi penyerang utama tidak boleh diragui lagi berdasarkan rekodnya.

"Malah dia juga dicadangkan oleh Sandro Da Silva yang telah banyak membantu kita pada musim lalu sehingga ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

"Kalau perhitungan Tan berjalan lancar, kita mampu menjadi pasukan yang bakal digeruni lawan musim ini. Kita juga mampu mengatasi rekod cemerlang musim lalu bagi mencatatkan sejarah baru seperti yang diharapkaan oleh peminat setia," katanya kepada mStar Online.

Tambah pemain tengah Kosovo itu, dia memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan cuaca panas terik di Kedah setelah kembali daripada percutian panjang di kampung halaman yang kini bersalji.

Liridon memberitahu, kejayaan sesebuah pasukan tidak terletak pada mana-mana pemain secara individu tetapi ia hasil kesungguhan dan kerja keras kesemua pemain di atas padang.

"Oleh itu, saya yakin Kahe tidak akan menghadapi masalah untuk menyesuaikan dirinya dengan corak permainan kita dan dia sudah pasti memahami gaya permainan Sandro yang beraksi bersamanya di Liga Turki sebelum ini.

"Apa yang saya lihat ialah musim ini lebih sukar untuk barisan pemain memastikan mereka terpilih dalam kesebelasan utama dan ini adalah perkembangan terbaik bagi memastikan setiap pemain dalam skuad ini sentiasa memastikan prestasi tidak menurun dan memberi yang terbaik demi memikat hati Tan pada setiap perlawanan," jelas Liridon.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Helang Merah , Kosovo

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan