Harap Sepak Mula 9 Malam, Utamakan Solat - Annuar

Diterbitkan: Ahad, 17 Januari 2016 3:34 PM

Annuar dan Vida melakukan trademark Qu Puteh.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa berharap saingan Liga Malaysia musim ini bermula pada pukul 9 malam bagi memberi ruang kepada penonton untuk menunaikan solat.

Susulan itu, beliau berkata, pemain akan memulakan sesi memanaskan badan bermula pukul 8.10 malam.

"Dengan cara itu, penonton ada masa yang cukup dari kira-kira pukul 7.30 malam untu masuk ke dalam stadium.

"Utamakanlah solat... semoga semua mendapat berkat," katanya menerusi satu kenyataan dalam laman Facebook miliknya pada Ahad.

Terdahulu, Annuar mengumumkan penganjuran perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baru, Kelantan akan berubah wajah dari aspek kelolaannya antaranya dendangan Lagu Negaraku akan dinyanyikan secara langsung oleh tetamu jemputan.

Jelas beliau, amalan terbaharu The Red Warriors (TRW) menyanyikan lagu kebangsaan secara langsung di dalam stadium telah dilakukan kelab terkemuka England dan Eropah.

Malah, katanya, azan juga akan berkumandang secara live dari stadium tersebut.

Pada Jumaat lalu, Kafa memeterai perjanjian penajaan secara rasmi dengan pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida.

Vida merupakan penaja utama pasukan tersebut dengan nilai tajaan berjumlah RM16 juta selama dua tahun.



Tags / Kata Kunci: Kafa , The Red Warriors , Annuar Musa

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan