Vida 'Belanja' TRW-Kafa Konsert Mega Gegar Vaganza

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2016 10:00 AM

Vida bersama Annuar melakukan trademark Qu Puteh.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Konsert Mega Gegar Vaganza yang akan membuka tirainya pada Jumaat malam bakal menyaksikan kehadiran barisan pemain The Red Warriors (TRW) bagi menghangatkan lagi suasana di Istana Budaya.

Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Hasmiza Othman berkata beliau menjemput pihak pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan semua pemain pasukan tersebut untuk bersama-sama menyaksikan konsert yang julung kali diadakan itu.

Jelas Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Vida, jemputan ke konsert tersebut  bagi meraikan penajaan rasminya terhadap TRW yang dimuktamadkan pada petang Jumaat.

Vida merupakan penaja rasmi untuk konsert tersebut.

"Selepas kontrak perjanjian tajaan dimeterai, saya belanja semua pemain dan pihak pengurusan Kafa menyaksikan Gegar Vaganza di Istana Budaya.

"Ini sebagai simbolik meraikan kerjasama kami. Jumpa sayang-sayang semua di sana nanti," katanya kepada mStar Online.

Vida bersama barisan artis Gegar Vaganza 1 dan 2 yang akan memeriahkan Konsert Mega Gegar Vaganza.

Pada petang Jumaat, Vida akan menandatangani kontrak perjanjian penajaan TRW secara rasmi selama dua musim.

Majlis menandatangani kontrak penajaan itu akan diadakan pada pukul 3 petang.

Difahamkan pihak pengurusan tertinggi Kafa dan semua pemain TRW akan berarak dari dalam Bangunan Mara menuju ke lokasi kontrak dimeterai.

Pada majlis tersebut, Vida berkata, semua butiran terperinci mengenai kontrak penajaan dan 33 syarat tambahan yang dikemukakan seminggu lalu akan dimaklumkan kepada media.

"Apa sahaja berkaitan dengan kontrak tajaan akan terungkai petang ini. Saya harap selepas ini isu berkaitan nilai tajaan tidak lagi disensasikan," katanya.

Kontrak tajaan tersebut dilaporkan bernilai RM8 juta semusim.

Lakaran stadium merah jambu impian Vida.

Pada Jumaat lalu, Vida dan Kafa mencapai kata sepakat mengenai kontrak perjanjian penajaan itu.

Selain bersetuju dengan dua syarat awal Vida, Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata badan bola sepak negeri itu turut menerima 33 syarat tambahan baharu yang dikemukakan usahawan wanita tersebut.

Dua syarat awal itu adalah Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baru, Kelantan akan dicat dengan warna merah jambu manakala nama pasukan ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

Tags / Kata Kunci: Datuk Vida , The Red Warriors , Kafa , Kelantan , Qu Puteh

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan