Hotspur Menang Bergaya 4-1 Ke Atas Sunderland

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2016 10:48 PM

Eriksen berjaya menjaringkan dua gol ketika aksi menentang Sunderland, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

TOTTENHAM Hotspur kembali menemui rentak bagi persaingan merebut kedudukan terbaik liga selepas menang 4-1 di Stadium White Hart Land ke atas Sunderland pada aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu malam.

Pasukan lawan membukan jaringan pertama perlawanan pada minit ke-40 menerusi Patrick van Aanholt.

Tersentak dengan gol Sunderland itu, Spurs tidak mengambil masa lama untuk menyamakan kedudukan apabila Christian Eriksen berjaya membolosi gawang lawan dua minit selepas itu.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri, Spurs tidak mensia-sia peluang untuk menambah jaringan pada babak kedua permainan menerusi Mousa Dembele pada minit ke-60.

Eriksen sekali lagi menjaringkan gol minit ke-67 sekaligus memberi tekanan kepada lawan yang ternyata gagal menyekat serangan Spurs.

Manakala Harry Kane memastikan Spurs menang bergaya dengan gol keempatnya menerusi sepakan penalti pada minit ke-79.

Harapan Sunderland untuk mengutip mata musnah sekaligus terpaksa mencari ramuan lain untuk menyelamatkan mereka yang kini berada di kedudukan zon penyingkiran dengan 19 mata.

Manakala Spurs kini menghuni di tangga keempat liga dengan kekurangan enam mata (37) daripada pendahulu liga, Arsenal.

Tags / Kata Kunci: Hotspur , Sunderland

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan