KFA Perlu RM30 Juta Tahun Ini - Mukhriz

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2016 6:18 PM

Mukhriz Tun Dr Mahathir (tiga, kiri) menyerahkan baju Lang Merah yang ditandatanganinya Nasir Abas, 60, (dua, kanan) ketika ditemui pada majlis kenduri kesyukuran di Taman Sri Putra, Kuala Kedah pada Sabtu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memerlukan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi membiayai persatuan itu tahun ini, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Mukhriz yang juga Presiden KFA berkata selain untuk pasukan utama bola sepak negeri, ia juga digunakan untuk program kejurulatihan dan pembangunan pemain muda negeri untuk jangka masa panjang.

Beliau berkata program pembangunan bola sepak negeri ini juga penting bagi memastikan setiap pemain mendapat pendedahan yang dapat mematangkan mereka dalam sukan bola sepak.

"Setakat ini kita masih melakukan rundingan dengan anak syarikat kerajaan negeri dan beberapa syarikat korporat untuk menaja KFA. Kita juga mengalu-alukan mereka yang berminat untuk taja KFA tampil untuk berbincang dengan kita.

"Prestasi pemain amat memberangsangkan musim lepas dan kita juga mempunyai ramai penyokong yang sentiasa membanjiri Stadium Darul Aman setiap kali perlawanan berlangsung," katanya ketika ditemui di Taman Sri Putra, Kuala Kedah pada Sabtu.

Mukhriz berkata kerajaan negeri yang mempunyai sumber kewangan yang terhad untuk KFA juga tidak pernah lambat atau gagal untuk melakukan pembayaran gaji pemain mengikut masa yang ditetapkan.

Beliau berkata dengan peruntukan terhad tahun lepas, pihaknya turut melakukan pelbagai program pembangunan bola sepak seperti menganjurkan Piala Menteri Besar Kedah bagi mencungkil lebih ramai pemain pelapis.

Terdahulu Mukhriz hadir pada majlis kesyukuran bagi meraikan pelari solo, Nasir Abas, 60, yang melakukan larian sejauh kira-kira 500 kilometer dari Stadium Shah Alam, Selangor, mulai 13 Disember tahun lepas, selepas berakhirnya perlawanan akhir Piala Malaysia.

Nasir tiba di Stadium Darul Aman pada 22 Disember lepas, melakukan larian tersebut sebagai tanda sokongan dan terima kasih kepada skuad Lang Merah yang layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Selangor. -Bernama

Tags / Kata Kunci: KFA , Lang Merah , Persatuan Bola Sepak Kedah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan