JDT Perkenal Jersi Baharu

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2016 10:36 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) secara rasmi memperkenalkan jersi baharu yang akan diguna skuad Johor Darul Tazim (JDT) dalam mengharungi dua liga musim ini iaitu Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara Asia.

Jersi itu yang ditaja pengeluar pakaian sukan terkemuka Adidas menampilkan tiga warna simbolik -  biru, merah dan putih yang mencerminkan warna bendera Johor.

Majlis gimik pelancaran yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan,Kebudayaan dan Warisan Negeri Datuk Zulkurnain Kamisan di sini Sabtu malam yang turut dihadiri kira-kira 5,000 penyokong JDT.

Pelancarannya juga ditayangkan serentak menerusi skrin besar yang disediakan di beberapa lokasi terpilih di semua daerah.

Berharga RM189 sehelai, jersi itu diharap dapat memberi suntikan semangat yang lebih tinggi untuk pemain meneruskan kecemerlangan dan mengekalkan prestasi pasukan Johor.

Ia akan diguna pada perlawanan persahabatan antara JDT menentang pasukan Thailand, Chonburi FC pada Ahad di Bangkok. -Bernama

Tags / Kata Kunci: JDT , Jersi baharu , Adidas

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan