Abang Terlajak Laris Akui Tak Letak Syarat 'Stadium Hijau'

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2016 12:26 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemilik syarikat D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berharap polemik isu 'stadium hijau' yang dikatakan menjadi syarat untuk beliau menaja pasukan bola sepak Selangor tidak berlarutan kerana enggan mencetuskan kontroversi serta membangkitkan kebencian masyarakat.

Jelas usahawan muda yang terkenal dengan tagline 'Terlajak Laris' itu, beliau tidak berhasrat untuk menwujudkan 'suasana huru-hara' jika memilih untuk terjun dalam dunia sukan seperti bola sepak.

Malah, Aliff Syukri turut mendedahkan beliau tidak pernah meletakkan syarat sedemikian kepada pasukan Selangor.

"Terlalu banyak spekulasi yang dibuat, sebenarnya saya tak pernah minta syarat begitu. Bukan senang nak tukar imej pasukan yang berpengaruh, saya faham. Saya juga menafikan ada menyediakan lakaran jersey hijau putih dengan logo D'Herbs untuk pasukan Selangor.

"Sebagai usahawan, saya mencari pasukan mana yang boleh bagi tawaran menarik untuk produk dan syarikat saya. Apa yang boleh dikatakan ia bukannya kecil bagi usahawan kosmetik seperti saya, nilainya jutaan ringgit.

"Bola sepak adalah satu sukan yang digemari semua lapisan masyarakat. Ini bukan benda main-main. Saya tak perlu cari publisiti kalau nak taja pasukan bola, lebih baik taja program hiburan," katanya kepada mStar Online di sini.

Lakaran jersey yang disebarkan di media sosial mengaitkan pasukan Selangor dan D'Herbs.

Baru-baru ini Aliff Syukri mengadakan pertemuan dengan Pengurus Pasukan Selangor, Amirudin Shari bagi membincangkan soal penajaan pasukan merah kuning itu untuk musim 2016.

Dengan tajaan bernilai jutaan ringgit, Aliff Syukri dikatakan meletakkan 20 syarat untuk dipenuhi pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) antaranya mengecat Stadium Shah Alam dengan warna hijau serta menggunakan nama jolokan ‘Terlajak Gol’ bagi menggantikan The Red Giant.

Perkembangan itu mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan penyokong dan peminat pasukan juara Piala Malaysia 2015 itu termasuk yang membantah dua syarat membabitkan imej The Red Giants.

Aliff Syukri juga mengakui, selain pasukan Selangor, beliau turut diburu beberapa pasukan Liga Malaysia yang lain iaitu Pahang dan Terengganu serta pasukan dari utara.

"Terbaharu saya berbincang dengan pasukan Terengganu. Mereka minta saya jadi penaja. Tapi seperti sebelum ini (perbincangan dengan Selangor), saya belum buat apa-apa keputusan.

"Saya perlukan masa untuk menilai setiap tawaran yang diberikan kepada. Malah mungkin juga akhirnya saya tak taja mana-mana pasukan langsung kerana tak bersesuaian dengan perniagaan yang dijalankan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan