Terlajak Gol, Stadium Hijau Syarat Berat - Pengurus Red Giants

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2016 6:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Permintaan untuk menukar nama The Red Giants kepada 'Terlajak Gol' serta mengecat Stadium Shah Alam dengan warna hijau adalah dua syarat 'berat' yang menghantui pasukan bola sepak Selangor.

Walaupun mengakui berhadapan isu kewangan, Pengurus Pasukan Selangor, Amirudin Shari berkata, pihaknya bagaimanapun perlu memelihara imej dan jati diri pasukan juara Piala Malaysia 2015 itu.

"Ini bukan soal duit semata-mata. Banyak perkara lain yang lebih penting menjadi pertimbangan kami, termasuk syarat untuk mengecat stadium dengan warna hijau dan menukar nama pasukan.

"Dua syarat ini agak 'berat', kami perlu perhalusi dengan sebaik mungkin selaras dengan imej dan jati diri pasukan Selangor," katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Baru-baru ini pemilik syarikat D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengadakan pertemuan bagi membincangkan soal penajaan pasukan Selangor untuk musim 2016.

Dengan nilai tajaan yang dikatakan mencecah RM15 juta, Aliff Syukri meletakkan 20 syarat untuk dipenuhi pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) antaranya mengecat Stadium Shah Alam dengan warna hijau serta menggunakan nama jolokan ‘Terlajak Gol’ bagi menggantikan The Red Giants.

Bagaimanapun Aliff Syukri mengakui sedang memikirkan secara mendalam mengenai tajaan kepada pasukan Selangor berikutan nilai 'hantaran' tinggi yang diletakkan pasukan merah kuning itu.

Sehubungan itu, usahawan muda terkenal dengan tagline 'Terlajak Laris' berkenaan mengambil keputusan untuk mengkaji semua pilihan yang ada termasuk perbincangan dengan Selangor, Pahang dan beberapa pasukan lain.

Diminta mengulas mengenai isu 'hantaran' bernilai jutaan ringgit seperti yang dibangkitkan Aliff Syukri, Amirudin yang juga Exco Selangor berkata pihaknya perlu mengambil kira beberapa isu penting di sebalik tajaan itu.

"Ini soal return investment kepada D'Herbs juga. Reputasi pasukan Selangor pastinya akan menguntungkan mana-mana pihak yang bakal menaja The Red Giants," katanya.

Selain itu, menurut Amirudin, pasukan Selangor tidak hanya bergantung harap kepada syarikat kosmetik D’Herbs sahaja bagi mendapatkan tajaan untuk pasukan mereka.

Tambah Amirudin,  selain D'Herbs, pasukannya juga sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa pemilik syarikat lain yang bertapak di negeri ini bagi tujuan penajaan.

"D'Herbs bukan satu-satunya syarikat yang berminat untuk menaja pasukan Selangor. Kita juga sedang mengadakan perbincangan dengan usahawan lain.

"Tapi buat masa ini lebih baik saya tidak dedahkan siapa mereka. Malah kita juga masih terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menaja The Red Giants," katanya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan