Minat Bola Sepak Dorong Rita Taja Pasukan Liga Super

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2016 8:00 AM

Rita Sosilawati.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hasrat Pengarah Urusan Nouvelles Visages (NV), Erni Dekritawati Yuliana Buhari untuk menaja pasukan dalam saingan Liga Super seiring dengan minatnya terhadap sukan bola sepak negara.

Siapa sangka figura yang begitu sinonim dengan dunia kecantikan, kesihatan dan fesyen ini turut mengikut perkembangan bola sepak tempatan.

Mstar Online pada pagi Khamis melaporkan hasratnya untuk bekerjasama dengan salah satu daripada empat pasukan bergelar juara musim lalu iaitu  Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor, Kedah atau Pahang.

Anak sulung jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya semasa mendedahkan hasratnya itu memberitahu beliau mahu memainkan peranan dalam pembangunan dan kecemerlangan bola sepak tempatan.

Disember lalu, Erni Dekritawati atau lebih dikenali sebagai Rita Sosilawati bersama suami dan rakan-rakan berpeluang menyaksikan aksi final Piala Malaysia 2015 antara Selangor dan Kedah di Stadium Shah Alam. 

Rita (belakang, kiri) bersama rakan-rakan termasuk rakan artis sewaktu menonton aksi final Piala Malaysia 2015 di Stadium Shah Alam. Foto instagram @therealfafau

Selain berkongsi gambar-gambar semasa menonton perlawanan itu, Rita yang semakin dikenali dengan iklan NV 'Nampak Lawa' turut memuat naik video keadaan di dalam Stadium Shah Alam dengan keterangan “Selangor ke, Kedah ke, Negaraku tetap dihati”. 

Selangor merangkul gelaran Piala Malaysia 2015 dan merupakan kali-33 pasukan itu memahat nama dalam trofi paling berprestij dalam kempen Liga Malaysia.

Kedah yang turut dalam senarai empat pasukan pilihan Rita merupakan juara liga Perdana musim lepas, muncul juara Piala Malaysia sebanyak empat kali pada 1980, 1993, 2007 dan 2008.

Rita turut dilihat sering memberi sokongan kepada JDT apabila memuat naik gambar-gambar beberapa perlawanan pasukan itu dengan hashtag slogan #luaskankuasamu. 

Ibu kepada tiga anak ini mengakui merupakan penyokong JDT memandangkan kebanyakan keluarganya, termasuk arwah ibu dan suami berasal dari negeri itu.

Antara lain apabila Rita bersama suami menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Bukit Jalil walaupun ketika itu sedang sarat mengandung.

Malah Rita turut tidak melepaskan peluang menyaksikan Barcelona menentang Malaysia di Stadium Bukit Jalil sempena program Jelajah Asia Barcelona 2013, yang menampilkan aksi dua bintang, Lionel Messi dan Neymar. 

Pemilihan Rita terhadap empat pasukan antara JDT, Selangor, Kedah dan Pahang berdasarkan kekuatan dan konsistensi prestasi masing-masing dalam saingan liga.

Beliau berharap agar dapat diberi peluang dan ruang untuk menjalinkan kerjasama dengan salah satu daripada empat pasukan berkenaan dalam membantu memartabatkan sukan bola sepak di negara ini.

"Dalam konteks ini pasti ada yang dirisik dan merisik. InsyaAllah, saya akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan bagi merealisasikan hasrat saya ini," ujarnya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan