Kelantan Masih Berusaha Dapatkan Khidmat Dangda

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2016 11:38 PM

Teerasil Dangda.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) masih tidak berputus asa dalam usaha mendapatkan penyerang Thailand, Teerasil Dangda bagi saingan Liga Malaysia musim 2016 apabila melantik seorang ejen untuk berbincang dengan kelabnya, Muangthong United FC.

Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata ejen tersebut yang berpangkalan di London akan mengadakan perbincangan dengan kelab Thailand itu bagi mendapatkan khidmat penyerang berusia 27 tahun yang pernah beraksi untuk kelab La Liga Sepanyol, Almeria untuk memperkukuhkan jentera serangan.

"Beliau masih mempunyai kontrak bersama Muangthong, tetapi dia menunjukkan tanda-tanda yang positif. Sebelum ini Muangthong telah memberikan tanda harga tetapi saya ingin menjelaskan bahawa kita bukan mahu pemain yang mempunyai nilai komersial tinggi sahaja, tetapi mahu membuat pelaburan dengan bijak.

"Saya juga sudah berbincang dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand Worawi Makudi mengenai hasrat saya. Kalau musim ini saya tidak dapat khidmat pemain dari Thailand, mungkin musim depan saya akan dapatkan pemain Thailand kerana Liga Thailand sedang menunjukkan peingkatan prestasi," katanya kepada pemberita selepas menandatangani kontrak penajaan di Medan Mara di sini.

Terdahulu, beliau menerima peruntukan berjumlah RM16 juta daripada pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, yang lebih dikenali sebagai Dr Vida, selaku penaja utama pasukan Kelantan menghadapi Liga Malaysia 2016.

Pasukan dari Pantai Timur itu juga sedang dalam proses mendapatkan penjaring terbanyak Liga Super musim 2015 dari pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dramane Traore.

"Saya memberi tawaran bersyarat kepada Traore. Dia sampai Kuala Lumpur malam ini dan dia perlu menjalani satu pemeriksaan kesihatan yang ketat termasuk menjalani MRI (pengimejan resonans magnetik) dan sebagainya. Kalau disahkan dia cergas sepenuhnya, dia boleh disahkan satu daripada tiga pemain import.

"Pada masa yang sama, kita sedang berunding dengan tiga pemain yang lain, iaitu pemain dari sebuah kelab di Sepanyol, Maghribi dan satu lagi pemain Argentina yang sedang beraksi di Bolivia," katanya.

Beliau memberikan tempoh sehingga 22 Januari ini kepada jurulatih baharu pasukan itu, K Devan untuk melengkapkan skuad supaya dapat memulakan persediaan bagi musim 2016.

Sementara itu, Dr Vida, yang juga penasihat kehormat pasukan Kelantan meluahkan hasratnya untuk mengadakan aksi persahabatan dengan kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum permulaan musim ini.

"Saya pilih JDT kerana JDT dan Kelantan merupakan dua kelab yang paling kuat bagi saya. Yang kuat kenalah lawan dengan kuat," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kelantan , Kafa , Annuar Musa , Teerasil Dangda

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan