Pasukan Bola, Penaja Perlu Hati-Hati - FMLLP

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2016 4:11 PM

Kevin Ramalingam

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Semua pihak terlibat diingatkan supaya berhati-hati sebelum memeterai perjanjian walaupun kerancakan syarikat kosmetik menaja pasukan yang akan bertanding dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini dilihat bakal membawa fenomena baharu industri sukan bola sepak tempatan.

Ketua Pengawai Eksekutif (CEO)  Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam mengakui gembira apabila bola sepak tempatan kini mendapat sokongan usahawan tempatan.

"Dulu mungkin pihak-pihak terbabit tidak berapa menyokong. Ini satu perkara yang menggalakkan.

"Pun begitu, pasukan-pasukan kena bijak memastikan bahawa syarat-syarat mereka buat atau terima melibatkan perkara yang boleh dipenuhi. Jangan buat perjanjian yang mereka mungkin sukar ikuti dalam jangka masa panjang," jelasnya kepada media selepas mesyuarat FMLLP bersama Ahli Lembaga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Wisma FAM pada Jumaat.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai penajaan ini, Kevin berkata, apa yang penting setiap pasukan dan pihak penaja perlu memandang serius dan menghormati perjanjian yang dipersetujui.

"Seperti mana perjanjian pasukan dengan pemain atau pasukan dengan liga, semua ini kena ambil serius. Malah kita tidak mahu dengan adanya perjanjian komersial ini akan timbul masalah-masalah dengan penaja.

"Pada pendapat saya, kedua-dua pihak kena sedar apa yang mereka boleh terima dari segi syarat-syarat tajaan dan apa yang boleh mendatangkan masalah," tambahnya.

Sejak kebelakangan ini laporan sukan bola sepak tempatan dimeriahkan dengan penajaan syarikat produk kecantikan kepada pasukan  pilihan, sama ada di dalam saingan Liga Super mahupun Liga Malaysia.

Syarikat produk kecantikan Qu Puteh yang diasaskan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida sah menaja pasukan Kelantan yang beraksi dalam Liga Super, manakala syarikat Megah Perawan dijangka melabur wang jutaan ringgit kepada PKNS FC dalam saingan Liga Perdana.

Dijangka juga beberapa lagi syarikat kecantikan terkenal bakal mengumumkan tajaan sebelum saingan Liga-M bermula.

Sebagai rekod, FMLLP, sebuah syarikat yang ditugaskan untuk mengurus penswastaan Liga Super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia bermula 2016.

Tags / Kata Kunci: FMLLP , Kevin Ramalingam

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan