Liga Perdana Inggeris: Wenger Kecewa Seri 3-3 Dengan Liverpool

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 7:42 AM

Arsene Wenger

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger mengaku sangat kecewa dengan pasukannya yang mencatatkan keputusan seri dalam perlawanan menentang Liverpool di Stadium Anfield, awal pagi Khamis.

Dalam perlawanan itu, keputusan seri 3-3 dicatatkan. Tiga gol Liverpool disumbangkan oleh oleh Roberto Firmino (10', 19'), dan Joe Allen (90').

Sementara itu, Arsenal mencipta gol melalui Aaron Ramsey (14'), dan Olivier Giroud (25', 55').

Arsenal sebenarnya sudah selesa dengan mata 3-2 menjelang akhir perlawanan. Namun, gol Allen pada minit ke-90 memusnahkan hasrat Arsenal untuk mengutip mata penuh.

Mengulas mengenai perlawanan itu Wenger mengaku sangat kecewa. 

"Saya sangat kecewa, tetapi secara keseluruhan, saya tak boleh menyalahkan usaha dan komitmen yang ditunjukkan pasukan," kata Wenger kepada BBC Sport.

"Kami sukar mengawal permainan. Ketika mendahului  3-2, kami wajar menambah gol menjadi 4-2. Tetapi kami mengambil keputusan tak tepat," katanya.

Wenger juga mengaku Liverpool menunjukkan semangat luar biasa dalam perlawanan itu sehingga wisel penamat dibunyikan.

Dengan keputusan ini, Arsenal masih berada di puncak liga dengan 43 mata tetapi mata itu sama dengan Leicester City yang berada di kedudukan kedua.

Leicester dan Arsenal saling bersaing erat setelah berjaya menundukkan Tottenham Hotspur dengan gol 1-0.


Tags / Kata Kunci: Arsene Wenger , EPL , Liga Perdana Inggeris

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan