JDT Tolak Penaja Cari Publisiti - Presiden PBNJ

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 6:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menegaskan penajaan kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) bukan berlandaskan publisiti.

Presiden PBNJ, Datuk Ismail Karim berkata, kelab JDT sangat bertuah kerana mendapat penaja-penaja besar yang merupakan penjana ekonomi di Johor.

"Saya ingin menegaskan bahawa khabar angin terdapat penaja individu yang ingin memberi tajaan kepada kelab bola sepak JDT adalah tidak benar kerana polisi kelab yang mahukan kerjasama penaja jangka panjang untuk pembangunan sukan bola sepak dan bukan penaja yang mahukan publisiti," katanya dalam kenyataan di laman Facebook, Johor Southern Tigers pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Ismail mengucapkan terima kasih kepada penyokong Harimau Selatan yang turut menyumbang dan membentuk 30 peratus pemilikan kelab melalui Yayasan Penyokong Johor Darul Ta'zim (YPJDT).

"Satu lagi berita baik adalah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan untuk menyuntik dana tambahan sebanyak RM50 juta untuk mengukuhkan lagi kewangan kelab bola sepak JDT. Menjunjung setinggi-tinggi kasih atas kurniaan tersebut," katanya.

Ahad lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan RM50 juta kepada JDT.

Pada Khamis, anak sulung jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya mendedahkan mengenai hasratnya untuk menaja sebuah pasukan dalam saingan Liga Super musim ini.

Pengarah Urusan Nouvelles Visages (NV), Erni Dekritawati Yuliana Buhari yang mendedahkan perkara itu kepada mStar Online berkata, beliau berhasrat untuk bekerjasama dengan salah satu daripada empat pasukan iaitu JDT, Selangor, Kedah atau Pahang.

Erni Dekritawati atau lebih dikenali sebagai Rita Sosilawati berkata, sebagai seorang yang mengikuti perkembangan bola sepak tempatan, beliau juga mahu memainkan peranan dalam pembangunan dan kecemerlangan bola sepak di negara ini.



Tags / Kata Kunci: JDT , PBNJ , Rita Sosilawati

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan