Carlos Kahe Azam Bantu Kedah Julang Piala

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 11:39 PM

Carlos Kahe.

(Ubah saiz teks)

PENYERANG import baru Kedah, Carlos Kahe berazam untuk membantu skuad Helang Merah menjulang piala dalam aksi Liga Malaysia musim ini.

Bekas penyerang skuad Bawah 20 Tahun Brazil itu melahirkan hasratnya di hadapan penyokong Kedah yang berkumpul bagi menyambut kedatangannya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar pada malam Khamis.

Kahe yang tiba bersama seorang lagi penyerang import Kedah iaitu Sandro Da Silva akan menggantikan Chidi Edeh yang tidak disambung kontrak selepas aksi final Piala Malaysia tahun lalu.

"Saya memang teruja apabila mendapat tawaran untuk bermain dengan pasukan Kedah kerana apa yang saya tahu daripada rakan sepasukan iaitu Sandro dan bekas pemain Kedah, Carlos Roberio, pasukan ini antara yang digeruni lawan.

"Pengalaman saya beraksi dalam liga Turki dan liga Jerman serta skuad B-20  Brazil mampu membantu saya memberi yang terbaik.

"Sebagai penyerang utama pasukan Kedah, sudah pasti tugas saya adalah untuk menjaringkan gol dan membantu rakan sepasukan menepati sasaran," katanya.

Kahe menambah, cuaca panas terik di Kedah ketika ini tidak akan menjadi penghalang kerana keadaan sama turut berlaku di Brazil semasa di mewakili sebuah kelab tempatan.

"Saya telah diberitahu oleh Sandro berkenaan kejayaan pasukan Kedah musim lalu dan kehebatan pemain yang dimiliki oleh pasukan Helang Merah.

"Tugas saya bersama pasukan Kedah bukan saja menjaringkan gol malah saya mahu memastikan kita memenangi salah satu daripada piala yang akan direbut nanti.

"Roberio dan  Sandro telah memberi penerangan mengenai corak permainan yang diamalkan oleh Kedah dan pasukan-pasukan lain. Oleh itu saya telah menyediakan diri dari segi mental dan fizikal sebelum terbang ke Malaysia," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Carlos Kahe , Helang Merah , Kedah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan