Pemain Sia-Siakan Gol Kemenangan - Van Gaal

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 10:53 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United, Louis van Gaal 'bengang' dengan pemain-pemainnya selepas gagal meraih kemenangan di Newcastle pada aksi Liga Perdana Inggeris yang berlangsung awal pagi Khamis.

United mendahului kedudukan dua gol melalui Wayne Rooney (m-9 penalti) dan Lingaard (m-38) sebelum pemain tuan rumah, Wijnaldum (m-42) merapatkan jaringan pada babak pertama perlawanan.

Namun segalanya musnah pada aksi kedua apabila Mitrovic menyamakan kedudukan minit ke-67 melalui sepakan penalti.

Pun begitu, Rooney berjaya menyelamatkan kedudukan seketika dengan menjaringkan gol ketiga United pada minit ke-79.

Bagaimana pun harapan untuk menang musnah apabila Paul Dummett menyamakan kedudukan 3-3 pada masa kecederaan.

"Kami membuang peluang yang ada itu. Saya sangat kecewa dan kami terpaksa menyalahkan diri sendiri kerana gagal menamatkan perlawanan ini lebih awal apabila peluang terbuka luas melalui Jesse Lingard dan Marouane Fellaini.

"Kami menjaringkan tiga gol dan meraih satu mata, tidak lebih dari itu. Kami sepatutnya perlu menang, tetapi tidak berbuat demikian," jelasnya.

Reaksi marah Van Gaal jelas kelihatan selepas Lingard terlepas peluang besar menyumbat gol pada separuh masa kedua.

"Pasukan kami lebih baik, dan sebab itulah saya sangat kecewa apabila gagal meraih mata penting ini.

"Sepatutnya kami boleh mencatat enam gol. Itulah yang saya nampak. Apabila kamu hilang dua mata, ia sangat, sangat menyedihkan. 

"Semua orang tahu ia adalah kesalahan sendiri, bukan disebabkan pengadil ataupun pihak lawan," tegasnya.

Dalam pada itu, pengurus Newcastle, Steve McClaren mengakui keputusan ini amat berharga kepada skuadnya kini berdepan kedudukan penyingkiran.

"Ia membuktikan aksi kami yang sebenarnya. Biarpun ramai yang memberi komen terhadap sikap pemain-pemain tetapi mereka sebenarnya hebat," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan