Megah Perawan Bakal Taja PKNS FC

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 3:31 PM

Zach (kiri) bersama isterinya, Reena yang juga pengasas produk kecantikan Megah Perawan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Demam saingan Liga Malaysia 2016 makin dirasai dengan kerancakan syarikat kosmetik tampil menyumbang tajaan masing-masing dan terbaharu, produk kecantikan Megah Perawan dijangka menghiasi jersi kelab PKNS FC musim ini.

Pengarah Urusan Megah Perawan Sdn Bhd, Khairilaziry Wahid mengesahkan akan menaja pasukan yang bersaing dalam aksi Liga Perdana itu.

"Memang syarikat kami akan menaja PKNS FC, tetapi ia akan dimuktamadkan selepas perbincangan lanjut bersama kelab berkenaan yang akan diadakan esok (Khamis) di pejabat kami. 

"Saya perlu melihat terlebih dahulu syarat-syarat yang ditetapkan oleh kelab memandangkan ini kali pertama Megah Perawan terlibat dengan tajaan pasukan bola sepak. Ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum menandatangani kontrak," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Menurut Khairilaziry atau lebih dikenali dengan panggil Zach, peruntukan tajaan untuk kelab PKNS FC sedia ada, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlahnya sebelum kata putus kedua-dua pihak tercapai.

"Peruntukan memang sudah ada kerana perkara ini memerlukan kajian sebelum memutuskan untuk jadi penaja. Sebelum ini Megah Perawan ada juga menaja pasukan sukan lain, tetapi secara kecil-kecilan sahaja. 

"Sekarang kami sudah bersedia  untuk membantu memeriahkan lagi dunia bola sepak negara. Bagi saya salah satu sebab kenapa sesebuah pasukan itu gagal bersaing ke peringkat yang lebih baik kerana masalah kewangan.

"Dengan itu, saya memilih PKNS FC untuk membawa nama Megah Perawan kerana yakin kelab ini mampu berjaya sekaligus mara ke saingan Liga Super," jelasnya yang berminat menaja pasukan bola sepak kerana meminati sukan itu dan pernah aktif ketika di sekolah dan peringkat negeri. 



Dalam pada itu, Zach menjelaskan penglibatan syarikat dalam sukan bola sepak bukan untuk bersaing dengan mana-mana pihak, tetapi membantu mengembalikan kegemilangan bola sepak negara.

"Saya lebih suka positif dan berniat untuk berkongsi dengan pasukan yang berhak untuk menjadi lebih mantap. Orang akan tanya kenapa menaja pasukan Liga Perdana? Kenapa bukan pasukan Liga Super.

"Kalau tumpukan satu liga sahaja, macam mana liga kedua mahu lebih berjaya?," jelasnya.

Megah Perawan ditubuhkan empat tahun lalu dengan menghasilkan produk-produk kecantikan wanita oleh pengasasnya, Nurzarina Zakaria atau dikenali dengan panggilan Mekna Perawan.

"Sebelum ini isteri saya hanya menghasilkan produk wanita, namun selepas ini dengan pembabitan dalam sukan bola sepak mungkin kami akan mengeluarkan produk kecantikan untuk lelaki.

Liga Malaysia yang bakal  bermula 12 Februari akan dimeriahkan dengan kehadiran beberapa syarikat produk kecantikan yang melabur jutaan ringgit untuk pasukan pilihan mereka bersaing musim ini.

Sebelum ini produk kecantikan Qu Puteh yang diasaskan oleh Datuk Seri Dr Hasmiza Othman bersetuju menaja pasukan Liga Super, Kelantan, manakala Pengarah Urusan Nouvelles Visages (NV) Erni Dekritawati Yuliana Buhari pula sedang mempertimbang untuk menaja pasukan JDT atau Selangor.

Tags / Kata Kunci: Megah Perawan , PKNS FC

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan