Seri Dengan Newcastle, Man United Turun Ke Posisi Ke-6

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 7:58 AM

Aksi pemain Newcastle Paul Dummett setelah berjaya menyamakan kedudukan 3-3 dalam saingan LIga Perdana Inggeris menentang Manchester United, awal pagi Rabu. Kedudukan seri kekal sehingga tamat perlawanan. -REUTERS

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United hanya mampu mencatat keputusan seri 3-3 menentang Newcastle dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium James Park, Newcastle, awal pagi Rabu.

Keputusan ini memaksa United turun satu anak tangga ke posisi enam dengan 34 mata sementara Newcastle kekal di kedudukan 18 dengan 18 mata.

Wayne Rooney membawa Manchester United mendahului 1-0 menerusi sepakan penalti sekali gus mengangkat dirinya sebagai penyumbang gol penalti terbanyak untuk United, mengalahkan rekod Ruud Van Nistelrooy.

Penalti tersebut diperolehi setelah Mbemba menyetuh bola hasil sepakan Maruane Fellaini pada minit ke-8. 


Jesse Lingard membawa Manchester United terus unggul dengan kedudukan 2-0 dengan bantuan Rooney yang melakukan helah sebelum dia menyumbat masuk gol pada minit ke-38.

Namun Newcastle mengejar menjadikan kedudukan 2-1 setelah bola Fellaini berjaya direbut Mitrovic yang kemudian memberikannya kepada Georginio Wijnaldum untuk membolosi gawang De Gea pada minit ke-42. 

Aleksandar Mitrović menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-67.

Namun Wayne Rooney kembali membawa pasukannya di hadapan yang menyumbat masuk bola ke sudut kanan atas gawang pada minit ke-80.

Kemenangan yang sudah hampir dikecapi United bagaimanapun terpaksa dilupakan apabila Paul Dummett menyumbat gol akibat kesalahan United yang membuang bola ke arahnya pada minit ke-90. Kedudukan 3-3 bertahan sehingga tamat perlawanan.

Susunan pemain:

Man United (4-2-3-1): De Gea; Young, Smalling, Blind, Darmian; Fellaini, Schneiderlin; Lingard (Memphis Depay), Herrera (Juan Mata), Martial; Rooney. 

Newcastle (4-2-3-1): Elliot; Janmaat, Mbemba, Coloccini, Dummett; Tiote (Toney), Colback (Yoan Gouffran); Sissoko, Wijnamdum, Ayoze Perez (Siem de Jong); Mitrovic.
Tags / Kata Kunci: EPL , Liga Perdana Inggeris , Wayne Rooney

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan