Rita Sosilawati Bakal Taja Pasukan Liga Super

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2016 4:33 PM

Pengarah Urusan Nouvelles Visages (NV) Erni Dekritawati Yuliana Buhari.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:  Pengarah Urusan Nouvelles Visages (NV) Erni Dekritawati Yuliana Buhari dilapor sedang mempertimbang untuk menaja sebuah pasukan yang akan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.

Perkara itu didedahkan oleh rakan anak sulung jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya kepada mStar Online pada Selasa.

Sumber yang enggan mendedahkan identiti itu mendakwa, Erni Dekritawati atau Rita Sosilawati telah memberitahu rakan terdekat bahawa dia sedang mengintai dua pasukan untuk ditaja sekaligus dapat mempromosikan produk keluaran NV.

"Ketika kami bersembang beberapa hari lalu, Rita ada memberitahu untuk menaja pasukan daripada Liga Super. Dia sedang memilih satu daripada dua pasukan yang diminati. Urusan tajaan ini bukan perkara baru kerana ia merupakan permintaan suaminya sejak tahun lalu bagi mengembangkan perniagaan.

"Tetapi dia masih tidak mendedahkan pasukan yang akan ditaja, sama ada dari utara atau selatan, kami cuba bertanya tapi dia minta kami menunggu dahulu.

"Setakat yang saya dan rakan-rakan lain tahu, Rita memang minat menonton bola sepak tetapi sukar untuk tahu pasukan manakah yang diminatinya," jelasnya sumber itu ketika ditemui mStar Online.

Rita bakal tampil sebagai jutawan kosmetik kedua yang menaja pasukan daripada Liga Super selepas Datuk Seri Dr Hasmiza Othman iaitu pemilik Vida Beauty Sdn Bhd jika hasratnya direalisasikan.

Sebelum ini, Datuk Seri Vida bersetuju menyediakan dana sebanyak RM16 juta untuk menaja pasukan Kelantan selama dua musim dengan syarat tertentu termasuk mengecat stadium berwarna merah jambu.

Rita sebelum ini merupakan penaja utama bagi program realiti, Akademi Fantasia 2015. Difahamkan jumlah tajaan Rita bagi program berkenaan mencecah RM3 juta.

Pada masa sama, syarikat yang diterajui Rita telah pun mewujudkan kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan dalam meningkatkan kemahiran golongan belia (gambar).

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan