Lionel Messi Pemain Terbaik Dunia 2015

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2016 7:17 AM

Lionel Messi bersama trofi kemenangannya. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

BINTANG Barcelona, Lionel Messi dipilih bagi merangkul Anugerah Ballon d’Or FIFA 2015 buat kali kelima pada majlis yang berlangsung di Zurich awal pagi Selasa.

Kejayaan Messi merangkul gelaran pemain terbaik Eropah 2015 ini selepas mempamerkan aksi konsisten musim lalu dengan meledak 52 gol dalam 61 perlawanan bagi membantu Barcelona meraih trofi juara kali ke-23 Liga Sepanyol, Pial Sepanyol, Liga Juara0Juara, Pial Super Eropah dan juara Piala Kelab Dunia bulan lalu.

Messi berjaya mendapat undian tertinggi dengan 41.33 peratus sekaligus mengetepikan impian penyerang Real Madrid Cristiano Ronaldo yang menerima undian 27.76 peratus untuk meraih trofi ini buat kali ketiga berturut-turut dan kali keempat keseluruhan.

Manakala rakan gandingan Messi di Barcelona, Neymar  yang turut tersenarai dalam pencalonan akhir di tempat ketiga dengan mencatat undian 7.86 peratus.

Keputusan pemenang Ballon d’Or ini berdasarkan pilihan yang dibuat oleh lebih 200 orang jurulatih dan kapten  serta undian media antarabangsa.

“Ia merupakan saat berharga apabila kembali berada di pentas ini, sekali lagi menerima Ballon d’Or selepas beberapa kali melihat Cristiano Ronaldo menang,” jelas Messi selepas diumumkan sebagai pemenang oleh pemain Brazil, Kaka.

Messi menambah koleksi trofi Ballon d’Or sejak kali pertama pada tahun 2009,2010,2011 dan 2012.

Sementara itu, Barcelona terus menambah rekod kelab apabila Luis Enrique menerima Anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik Dunia 2015.

Manakala Jill Ellis terpilih sebagai Jurulatih Wanita Terbaik Dunia 2015 selepas membawa Amerika Syarikat bergelar juara Piala Dunia tahun lalu dengan menewaskan Jepun, 5-2.

Ellis tidak keseorangn menerima anugerah berprestij itu apabila pemain tengahnya, Carli Lloyd turut terpilih sebagai Pemain Wanita Terbaik Dunia 2015.

Turut mendapat perhatian pada majlis yang ditayangkan secara langsung di laman web FIFA TV adalah pemain Vila Nova, Wendell Lira yang mengetepikan Messi untuk menerima Anugerah Puska (Gol Terbaik) setelah mencatat  undian sebanyak 1.6 juta.

Senarai penuh pemenang:

Ballon d’Or - Lionel Messi (Barcelona)

Pemain Wanita Terbaik Dunia - Carli Lloyd (AS)

Jurulatih Lelaki Terbaik Dunia - Luis Enrique (Barcelona)

Jurulatih Wanita Terbaik Dunia - Jill Ellis (AS)

Anugerah Puskas - Wendell Lira (Vila Nova)

Tags / Kata Kunci: Lionel Messi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan