Ronaldo Tergamam Sarung Jersi No.7

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2016 1:31 PM

Cristiano Ronaldo.

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo mengakui tergamam kerana diberikan kepercayaan untuk menyarung jersi nombor tujuh yang sebelum ini milik David Beckham sewaktu di Manchester United.

Bintang kelahiran Portugal itu berpindah ke Old Trafford pada 2003 dan meminta untuk diberikan nombor jersi lain.

Namun bekas pengurus United, Sir Alex Ferguson mahu dia memakai jersi ikonik No.7 itu yang turut disarung beberapa pemain bintang seperti George Best, Bryan Robson dan Eric Cantona.

Ronaldo melakukan sebanyak 292 penampilan bersama Red Devils dengan menjaringkan 118 gol dan memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris, satu trofi Piala FA, dua Piala Liga dan satu trofi Liga Juara-Juara.

"Apabila saya tiba di Manchester United, saya meminta jersi No.28 tetapi pengurus kata tidak, anda akan pakai No.7.

"Saya tergamam kerana Beckham memakai jersi nombor itu.

"Namun saya menyahut cabaran itu dan sejak itu ia menjadi nombor bertuah saya. Saya memenangi apa sahaja dalam bola sepak dengan jersi ini," katanya.

Sejak meninggalkan United, Ronaldo mengukir namanya dalam sejarah bola sepak apabila menjadi sebagai salah seorang pemain hebat yang memakai jersi tersebut.

Ronaldo menjaringkan 338 gol dalam 325 penampilan untuk Real Madrid sekali gus mengangkat namanya sebaris beberapa pemain terkemuka dunia.

Namun, Ronaldo gagal mempertahan trofi Ballon d'Or apabila tewas kepada pencabar terdekatnya, Lionel Messi.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan