Tino Costa Hampiri Perpindahan Ke Fiorentina

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2016 10:02 AM

(Ubah saiz teks)

FIORENTINA dilaporkan semakin hampir mendapatkan pemain tengah Spartak Moscow, Tino Costa sekali gus menjejaskan tempoh pinjamannya bersama Genoa.

Pemain kebangsaan Argentina itu menyertai Genoa secara pinjaman selama 18 bulan bermula Januari 2015.

Menurut Sky Sport Italia, beliau boleh menamatkan tempoh pinjaman itu lebih awal sekiranya mencapai persetujuan dengan Genoa dan Spartak untuk menyertai Fiorentina.

Tino Costa disifatkan sebagai pemain yang sesuai untuk memperkukuh barisan tengah Fiorenta yang lebih menekankan corak permainan yang kerap menguasai bola seperti Barcelona.

Fiorentina terdesak untuk mendapatkan pengganti Milan Badelj yang terpaksa diusung keluar padang ketika pasukan itu tewas 1-3 kepada Lazio.

Badelj dipercayai bergelut dengan kecederaan hamstring.


Tags / Kata Kunci: Tino Costa , Fiorentina

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan