KJ Puji Tindakan Sultan Johor, Dr Vida Taja Pasukan Bola Sepak

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2016 7:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menaja pasukan bola sepak tempatan mendapat pujian daripada Menteri Belia dan Sukan,  Khairy Jamaluddin.

Menurut Khairy, tindakan tersebut disifatkan sebagai  satu perkembangan positif dalam memajukan dan menyemarakkan arena bola sepak tanah air.

"Saya kagum dengan Sultan Johor sebab sayangkan negeri, tapi bagi tindakan Dr Vida yang dibuat atas dasar keputusan perniagaan, saya lihat ini satu tindakan berani yang saya anggap bawa impak positif untuk sukan.

"Saya ucap terima kasih kepada beliau (Dr Vida) kerana percaya kepada sukan tempatan. Sebelum ini kita lihat banyak penajaan dibuat untuk liga antarabangsa," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di Menara Datuk Onn di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai suntikan dana besar Sultan Ibrahim kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan tajaan bernilai RM16 juta Vida kepada The Red Warriors (TRW) bagi saingan Liga Malaysia musim ini.

Jelas Khairy lagi, tindakan tersebut diharap menjadi batu loncatan kepada lebih ramai syarikat tempatan untuk menawarkan penajaan kepada sukan bola sepak dan beberapa sukan yang lain.

"Saya harap selepas ini lebih ramai syarikat berlumba-lumba mengejar penajaan kepada pasukan bola sepak tempatan dan sukan- sukan lain.

"Saya tahu bola sepak mampu membawa pulangan besar kerana sukan mempunyai ramai penyokong. Bagus...bagus sekarang (syarikat tempatan) ada nampak peluang untuk liga tempatan," katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai pengumuman Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai pemilik pasukan bola sepak JDT, Khairy berkata keputusan itu amat bertepatan dengan tuntutan bola sepak moden.

"Ini pendekatan yang sesuai dengan format bola sepak moden. Kalau tengok di England dan Eropah sekarang, semua pasukan berasaskan kelab, tiada lagi (milik) kerajaan negeri dan majlis perbandaran.

"Saya lihat tindakan TMJ memang tepat dengan tuntutan bola sepak moden,"katanya.

Pada Ahad, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Datuk Ismail Karim mengumumkan bermula musim ini, Tunku Ismail secara rasminya menjadi pemilik pasukan JDT.

Tunku Ismail yang sebelum ini merupakan Penaung Diraja PBNJ akan meneruskan misi dan visi yang sama demi pembangunan bola sepak di negeri itu.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan