Alistair Edwards Dilantik Pengarah Sukan JDT

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2016 10:02 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Johor (JFA) telah melantik bekas pemain mewakili pasukan itu, Alistair Edwards sebagai Pengarah Sukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berkuat kuasa serta-merta, Isnin.

JFA melalui laman rasmi Facebook JDT; the Southern Tigers berkata bekas pemain antarabangsa Australia yang mewakili Johor dari 1991-1992 itu akan ditugaskan dalam beberapa aspek seperti perpindahan dan urusan rundingan pemain selain membantu Ketua Jurulatih JDT I dan II JDT daripada segi pengurusan.

Menyentuh mengenai pelantikannya, Edwards yang membantu pasukan dari Selatan itu merangkul dua kejuaraan -- Piala Malaysia dan juga Divisyen Satu (kini dikenali sebagai Liga Super) pada 1991 - teruja apabila dapat kembali bersama pasukan yang pernah diwakilinya dahulu.

"Saya rasa seperti kembali ke tempat asal kerana saya meluangkan masa selama dua tahun di sini.

"Ia ibarat mimpi menjadi realiti kerana saya sentiasa mahu kembali ke Johor, ia satu penghormatan besar bagi saya apabila Tengku Mahkota (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) meminta saya kembali untuk membantu projek besar ini," katanya dalam satu temu bual khas yang muatkan dalam Laman Facebook JDT.

Edwards, bekas Pengarah Teknikal pasukan kelab Real Mulia FC, juga memuji inisiatif Tunku Ismail untuk membawa transformasi ke dalam kelab.

"Beliau mengetahui apa makna bola sepak kepada rakyat Johor dan oleh kerana beliau sekarang bertanggungjawab, beliau hanya mahu memastikan bahawa kita mempunyai kejayaan seperti yang berterusan. Dan lihat apa yang berlaku sejak beliau mengambil alih, beliau sungguh hebat sehingga kita dapat menjuarai dua kejohanan iaitu Piala AFC dan Liga Super (musim lalu)," kata bekas jurulatih kelab Liga Australia, Perth Glory.

Edwards bukan orang asing dalam arena bola sepak tempatan kerana beliau pernah mewakili Sarawak dan Selangor pada tahun 90-an di samping merangkul anugerah Kasut Emas (penjaring terbanyak) dengan 13 gol ketika mewakili Singapura dalam Liga-M pada 1990.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan