Piala FA: Gol Penalti Kane Selamatkan Tottenham Hotspur

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2016 8:17 AM

Gol penati Harry Kane pada minit ke-89 menyamai kedudukan 2-2 antara Tottenham Hotspur dan Leicester City. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

GOL penalti Harry Kane menyelamatkan Tottenham Hotspur dalam saingan pusingan ketiga Piala FA ketika menentang Leicester City pada awal pagi Isnin.

Gol minit akhir Kane berjaya mengelakkan pasukannya tewas di White Hart Lane.

Dalam perlawanan itu, Tottenham menguasai permainan lebih banyak berbanding Leicester dengan 73 peratus penguasaan bola.

Tottenham mengungguli perlawanan dengan gol pembukaan menerusi aksi Christian Eriksen pada minit ke-8. 

Bagaimanapun, Leicester mampu membuat serangan balas melalui Marcin Wasilewski dan Shinji Okazaki, masing-masing pada minit ke-19 dan 48.

Tottenham yang ketinggal sejak awal babak kedua mula mengepung pertahanan Leicester. 

Walaupun beberapa kali meraih peluang keemasan, tetapi percubaan itu digagalkan oleh penjaga gol lawan, Kasper Schmeichel.

Hanya pada minit ke-89, Tottenham berjaya mendapatkan peluang menyamakan kedudukan apabila pemain Leicester, Nathan Dyer menyentuh bola dalam kotak penalti ketika bersaing dengan Danny Rose.

Jaringan penalti oleh Kane dilakukan dengan baik dan kedudukan berimbang 2-2 sehingga tamat permainan.

Keputusan seri itu membuatkan Tottenham dan Leicester perlu bertemu sekali lagi di Stadium King Power dalam menentukan kedudukan dalam saingan.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan