Sultan Johor Berkenan Sumbang RM50 Juta Kepada Kelab Bola Sepak JDT - Bola Sepak | mStar

Sultan Johor Berkenan Sumbang RM50 Juta Kepada Kelab Bola Sepak JDT

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2016 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan sebanyak RM50 juta kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

Menurut laman Facebook rasmi pasukan JDT, JOHOR Southern Tigers, hari ini, Sultan Johor berkenan memberi kurniaan itu kerana baginda berasa gembira melihat sukan bola sepak memainkan peranan penting menyatupadukan Bangsa Johor serta mengharumkan nama Johor di persada dunia.

"Selain keprihatinan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, dalam pembangunan negeri Johor, amal kebajikan, zakat dan waqaf, serta yayasan-yayasan yang dinaungi, baginda berkenan mengurniakan sumbangan sebanyak RM50 juta kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim," menurut laman berkenaan.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku pemilik kelab bola sepak JDT menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Sultan Johor atas kurniaan kepada JDT, menurut laman itu lagi.

Sebagai rekod, JDT meraih tiga piala kemenangan musim lepas selepas merangkul Piala Sultan Ahmad Shah, Piala Liga Super dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Kejayaan cemerlang tersebut menyaksikan JDT membolot lapan daripada 17 anugerah pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015, pada Disember lepas, termasuk anugerah khas kejayaan mereka menjadi wakil pertama Malaysia muncul juara Piala AFC sejak diperkenalkan pada 2004.-- Bernama



   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan