Piala FA Inggeris: Seri 2-2, Liverpool Disekat Kelab Divisyen 4

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2016 7:52 AM

Sebahagian daripada pemain Exeter City meraikan gol kedua pasukan dalam perlawanan Piala FA Inggeris menentang Liverpool, awal pagi Sabtu. Keputusan berakhir dengan kedudukan seri 2-2.

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL hanya mampu seri 2-2 dengan kelab divisyen 4, Exeter City, dalam perlawanan pusingan ketiga (kelompok 64) Piala FA di St James Park, awal pagi Sabtu.

The Reds ketinggalan dua kali oleh gol sumbangan Tom Nicholls dan Lee Holmes, namun berjaya bangkit menyamakan kedudukan menerusi gol Jerome Sinclair dan Brad Smith.


Jurulatih Liverpool Juergen Klopp kehilangan 11 pemainnya yang cedera, termasuk Dejan Lovren, Philippe Coutinho, Kolo Toure, Jordon Ibe, Jordan Henderson, Daniel Sturridge dan Danny Ings.

Justeru, tidak menghairankan mengapa dia menurunkan pasukan yang berbeza, dipenuhi pemain pelapis yang jarang muncul berbanding kesebelasan utama yang biasa diturunkan sebelum ini.

Dalam perlawanan ini, hanya nama Christian Benteke, Jose Enrique,  dan penjaga gol Adam Bogdan yang biasa didengar.


Selebihnya adalah pemain yang jarang-jarang  atau langsung tidak pernah diturunkan, seperti Tiago Ilori, Brad Smith, Connor Randall, Cameron Brannagan, Kevin Stewart, Ryan Kent, dan Joao Carlos. Nyata, para pemain mudanya itu nampak kekok di padang.

Tamat perlawanan, Klopp mengakui pasukan lawan bermain lebih meyakinkan berbanding pasukannya.

"Para pemain kita telah melakukan segalanya tetapi lawan lebih kuat," katanya kepada BBC Sport.

"Kami tidak bernasib baik dengan kedua-dua gol mereka. Gol pertama adalah serangan pertama lawan dan yang kedua...ya, OK lah."

Ditanya bagaimana dia melihat masa depan pasukannya dengan penampilan pemain muda, Klopp enggan memberi jawaban jelas.

"Bagaimana mungkin dengan menurunkan pasukan saya dapat mengatakan 'Tunjukkan kepada saya masa depan'? Dalam menilai perlawanan ini, jawapannya tidak. Mereka membantu kami dengan situasi yang ada dan kini kami memiliki perlawanan lain, itu saja," kata jurulatih berasal dari Jerman itu.
Tags / Kata Kunci: Piala FA Inggeris , Juergen Klopp , The Reds

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan