Platini Tarik Diri Tanding Jawatan Presiden Fifa - Bola Sepak | mStar

Platini Tarik Diri Tanding Jawatan Presiden Fifa

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2016 7:26 AM

Michel Platini.

(Ubah saiz teks)

MICHEL Platini yang digantung tugas Presiden Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengumumkan beliau tidak akan bertanding pada pemilihan kerusi Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) bulan depan.

Platini bersama dengan Presiden Fifa tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan bola sepak selama lapan tahun oleh Mahkamah Fifa.

Platini dan Blatter didapati bersalah selepas menyalahgunakan kedudukan mengenai pembayaran AS$2 juta (RM8.6 juta) terhadap presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) yang digantung itu.

Blatter, presiden Fifa sejak 1998, didenda 50,000 Swiss francs (RM216,000) manakala Platini didenda 80,000 Swiss francs (RM345,000).

Satu kenyataan mahkamah itu menyebut kedua-duanya menyalahgunakan kuasa dimiliki mereka.

Dalam kes Platini, mahkamah itu menyebut beliau “gagal bertindak dengan kredibiliti dan integriti, membuktikan beliau tidak memahami kepentingan tugasnya.”

Mereka telah mengemukakan rayuan terhadap hukuman tersebut tetapi Platini menegaskan beliau kesuntukan masa untuk pemilihan yang dijadualkan berlangsung pada 26 Februari ini.

"Saya menarik diri daripada pemilihan jawatan presiden Fifa.

"Masa tidak mengizinkan buat saya. Saya tidak diberi peluang untuk menyertai pertandingan itu. Selamat tinggal Fifa, selamat tinggal kerusi presiden Fifa," katanya.

Terdahulu, Platini menyerahkan borang pencalonan bagi jawatan tersebut tetapi tidak dapat bertanding semasa tempoh penggantungan.

Platini dan Blatter, 79, merancang untuk merujuk kes tersebut dengan Mahkamah Timbang Tara Sukan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan