Kata Putus Tajaan Qu Puteh-TRW Dimuktamad Petang Ini

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2016 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kata putus sama ada pengasas produk kecantikan Qu Puteh Datuk Seri Dr Hasmiza Othman akan menaja Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk tempoh dua musim bakal dimuktamadkan pada petang Jumaat.

Menurut usahawan yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, perbincangan peringkat akhir melibatkan The Red Warriors (TRW) itu akan diadakan di ibu negara.

"Sama ada hasrat saya untuk melihat jersi dan stadium berwarna merah jambu akan menjadi kenyataan hanya akan terjawab selepas pertemuan dengan Presiden Kafa (Tan Sri Annuar Musa) petang Jumaat.

"Apapun nawaitu saya kuat mengatakan ia akan jadi kenyataan. Minta anda penyokong (Kelantan) doakan usaha saya ini, Insya-Allah," katanya kepada mStar Online.

Beliau turut menegaskan dua syarat yang dikemukakannya sebelum ini tidak akan berubah.

"Itu tetap akan jadi keutamaan dalam perjanjian ini, kena macam tu," katanya.

Terdahulu bekas guru itu  mendedahkan beliau sanggup mengeluarkan perbelanjaan besar sebanyak RM16 juta bagi tajaan  TRW.

Malah katanya, beliau sudah 80 peratus meneliti draf dokumen kontrak yang dikemukakan Kafa sebelum perjanjian antara kedua-dua pihak dimeterai.

Datuk Vida berkongsi lakaran jersi TRW idamannya.


"Ada beberapa perkara yang masih perlu dibincangkan pada Jumaat. Kita tunggu hasil perbincangan tersebut," katanya.

Baru-baru ini, Vida menetapkan dua syarat kepada Kafa sebelum bersedia menaja pasukan tersebut iaitu Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan didahului dengan Pamoga Qu Puteh TRW.

Pertemuan tersebut turut disahkan Annuar menerusi laman Facebooknya pada malam Khamis.

Beliau berkata dalam pertemuan tersebut pihak Kafa turut akan meneliti pelbagai aspek berkaitan tawaran tajaan sebelum perjanjian dimeterai.

"Pada dasarnya saya mengalu-alukan kesediaan sesiapa sahaja yang ingin menaja TRW... kesungguhan Datuk Vida patut dicontohi usahawan terutamanya anak Kelantan yang lain.

"Saya hanya mendoakan dan mengusahakan yang terbaik buat TRW. Saya sentiasa bersyukur dan berbangga dengan pencapaian TRW... kita harus terus memburu kejayaan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Qu Puteh , TRW , Datuk Seri Vida

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan