Datuk Vida Terkejut Media 'Serbu' Pertemuan Tertutup Dengan Kafa

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2016 5:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida terkejut dengan kehadiran wakil media yang ramai di lokasi perbincangan tertutup antara beliau dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.

Usahawan wanita kelahiran Machang itu tiba di Pejabat Yayasan Pelajaran Mara di sini kira-kira pukul 4.55 petang Jumaat.

"Wow ramainya," katanya dalam nada terkejut sambil menggayakan trademark Qu Puteh.

Walaupun tidak menduga perbincangan tertutup ini akan dihadiri media, Vida yang berpakaian serba hitam tetap tidak lokek dengan senyumannya.

Pertemuan antara Vida dan Kafa pada petang ini akan menamatkan teka-teki sama ada beliau menjadi penaja utama skuad The Red Warriors(TRW) selama dua musim.

Terdahulu, Vida memberitahu sanggup memperuntukkan tajaan sebanyak RM16 juta sekiranya kedua-dua pihak mencapai kata putus mengenai syarat-syarat yang ditetapkan.

Tags / Kata Kunci: Datuk Vida , The Red Warriors

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan