Malaysia Jatuh Kembali Ke Ranking Terendahnya Dalam Fifa

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2016 10:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak negara sekali lagi jatuh ke paras terendah pernah dicatatnya dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) apabila sekali lagi berada pada kedudukan ke 171 dalam senarai ranking terkini yang dikeluarkan pada Khamis.

Malaysia yang jatuh kepada tempat ke-171 dalam Oktober tahun lepas tetapi menaiki satu tangga ke kedudukan 170 dalam November tahun yang sama sebelum merosot ke ranking terendahnya, tempat ke-171 sejak sistem ranking diperkenalkan Fifa pada Disember 1992.

Ketiadaan perlawanan antarabangsa mungkin antara faktor kejatuhan ranking Harimau Malaya, yang kali terakhir beraksi pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 menentang Emiriah Arab Bersatu dan tewas 1-2 di Stadium Shah Alam pada 17 November lepas.

Malaysia kini berada di dalam kelompok negara seperti Timur Leste (tempat ke-170), Mauritius (172), Puerto Rico (172) dan Comoros (174).

Ranking terbaik Malaysia yang pernah dicapai ialah pada kedudukan ke-75 dalam tahun 1993.

Jiran Malaysia, Thailand merekodkan peningkatan ketara dalam ranking bulan ini apabila melonjak 12 anak tangga untuk kedudukan ke-121.

Sejak kemas kini terakhir, tiada perubahan dalam tempat 20 teratas yang menyaksikan Belgium kekal di kedudukan pertama diikuti oleh Argentina, Sepanyol dan Jerman untuk masing-masing tempat kedua, ketiga dan keempat.

Tags / Kata Kunci: ranking Fifa , Harimau Malaya

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan